LELAKI memiliki 1001 macam cara untuk menguji cinta orang yang disayanginya. Cara menguji itu melalui pelbagai helah, taktik dan teknik sehingga kadangkala sukar mahu membezakan sama ada ia satu 'ujian' atau sebaliknya.
Sebagai kekasih, wanita mungkin berasa sudah memperlakukan segalanya buat jejaka yang disayangi. Namun, pernahkah bertanya pada diri, mungkinkah si dia terpesona pada anda setulus hati?
Bagi sebahagian lelaki, itu belum cukup untuk membuatnya tekad memilih anda menjadi suri hidupnya.
Di saat hubungan dengan si dia bermasalah, tiba-tiba anda dihubungi seseorang yang meluahkan rasa hatinya pada anda. Bagaimana agaknya penerimaan diri sedangkan anda sedia maklum si penggoda baru itu teman baik kekasih anda?
Hati tertanya-tanya, bala apa yang menanti sedangkan lelaki itu tahu anda sudah lama berpasangan dengan rakan baiknya.
Setelah lama berhubungan lalu berderai cerita sebenar - si dia sengaja memperalatkan rakan karibnya untuk menguji cinta anda.
Sebenarnya, bermacam-macam cara kekasih menguji pasangannya. Berikut mungkin sebahagian cara anda diuji dan berhati-hati kerana sebahagian golongan Adam punya 'permainan' tersendiri.
Fakta berikut mungkin boleh dijadikan panduan penting untuk anda:
Untuk mengetahui anda materialistik atau sebaliknya, lelaki akan menguji dengan memberi anda hadiah murah atau mengajak makan di gerai biasa, bukan di restoran eksklusif. Ia sekadar untuk melihat sejauh mana penerimaan anda. Lelaki selalu ingin tahu pasangannya jenis kuat cemburu atau sebaliknya. Dia akan menguji dengan cara mengenalkan anda pada teman perempuannya. Jika reaksi anda biasa saja, mungkin anda lulus ujiannya.
- Telefon perempuan lain di depan anda
Reaksi anda tenang seolah-olah hal itu bukan masalah besar dan ia memberikan reputasi yang anda lulus ujian itu. Sebaliknya, jika anda marah dan mengatakan tidak suka dia menelefon perempuan lain apatah lagi menunjukkan sikap melampau, mungkin anda gagal melepasi tahap itu.
- Hubungan dengan bekas kekasih
Keinginannya untuk mengetahui perasaan hati anda dengan kekasih lama, memang cukup tinggi. Justeru, berhati-hati jika dia memperli atau mengungkit cerita lama sekadar menguji ketahanan anda. Jangan cepat melenting.
Dia ingin mendapatkan kekasih yang setia. Anda pula kerap menghubunginya dan tidak keluar dengan lelaki lain selama dia ke luar daerah. Dia pula akan menguji dengan pelbagai cara, antaranya meminta bantuan rakan untuk menggoda anda. Untuk itu, berhati-hati dengan permainan ini, takut anda terjebak dengan rakan baiknya sendiri.
Mereka menghindari hubungan dengan perempuan ego yang sering ingin menang dalam apa saja perkara. Si lelaki pula akan menguji keegoan ini dengan mengajak ke tempat yang anda tidak suka dan anda harus menunjukkan nilai diri sejujurnya.
Dia ingin tahu apa tujuan anda menjalin hubungan dengannya. Adakah kerana harta benda, paras rupa atau kebaikan?
0 ekor Labi Labi:
Post a Comment